Polis Sahkan MPV Guna Siren, Lampu Biru Di MEX Untuk Urusan Rasmi Kementerian

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 2:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Sahkan MPV Guna Siren, Lampu Biru Di MEX Untuk Urusan Rasmi Kementerian

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Polis mengesahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular baru-baru ini kerana menggunakan siren serta lampu biru berkelip-kelip bagi mengelak kesesakan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) digunakan bagi urusan tugas rasmi sebuah kementerian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata penggunaan lampu arah (beacon light) pada kenderaan itu juga telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pihak polis telah mengenal pasti pemilik serta kenderaan terbabit dan akan memanggilnya dalam masa terdekat bagi tujuan pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:

Semalam,  polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu memandangkan siasatan awal terhadap video yang tular itu tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.