MR D.I.Y. Anjur Larian di Kuching demi Kesihatan Lebih Baik

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 10:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MR D.I.Y. Anjur Larian di Kuching demi Kesihatan Lebih Baik

Kira-kira 3,500 peserta berhimpun di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) baru-baru ini untuk Yayasan MR D.I.Y. Him & Her Health Run 2026, mencerminkan komitmen berterusan Yayasan tersebut dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan menyokong komuniti di seluruh Malaysia.

Berlangsung dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, acara ini menyambut kehadiran peserta yang berusia seawal satu hingga 70 tahun, menghimpunkan keluarga, individu serta peminat sukan larian demi menyokong amalan hidup yang lebih sihat dan semangat komuniti.

Susulan kejayaan edisi pertama di Pulau Pinang, larian di Kuching ini menandakan penganjuran pertama inisiatif tersebut di Malaysia Timur. Selain menggalakkan aktiviti fizikal, acara ini turut membantu meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser dan penyakit jantung kongenital, di samping menyalurkan sokongan kepada individu serta keluarga yang terkesan oleh keadaan tersebut.

Acara tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MR D.I.Y., Dr.Zaleha Mohd Mydin, serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, En. Banges Munga.

Dr. Zaleha menyatakan bahawa sambutan yang amat menggalakkan ini membuktikan betapa pentingnya menyediakan inisiatif kesihatan dan kesejahteraan yang mudah diakses oleh komuniti di seluruh Malaysia.

Image from: MR D.I.Y. Anjur Larian di Kuching demi Kesihatan Lebih Baik

"Membina komuniti yang lebih sihat memerlukan usaha yang melangkaui sekadar meningkatkan kesedaran. Ia bermakna menyediakan peluang yang mudah diakses untuk masyarakat mengambil tindakan positif bersama. Sambutan luar biasa di Kuching ini menunjukkan tahap yang mampu dicapai apabila komuniti, rakan kerjasama, dan sukarelawan bersatu demi matlamat yang sama. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan acara yang amat bermakna ini,” katanya.

Para peserta menerima baju-T eksklusif acara, stoking, bib larian, pingat penamat, dan beg troli. Program ini turut menampilkan pemeriksaan kesihatan percuma, hidangan ringan dan cabutan bertuah, manakala stesen perubatan disediakan di sepanjang acara bagi menyokong keselamatan dan kesejahteraan para peserta.

Selepas kejayaan siri larian di Pulau Pinang dan Kuching, Him & Her Health Run 2026 akan melabuhkan tirainya menerusi edisi ketiga dan terbesar di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2026. Acara ini akan memperkasakan lagi usaha Yayasan MR D.I.Y. dalam menyediakan inisiatif komuniti yang bermakna agar dapat diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kemapanan dan tanggungjawab social korporat layari Yayasan MR D.I.Y. atau ikuti Yayasan MR D.I.Y. di Facebook, Instagram, and TikTok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved