MR D.I.Y. rai 300 tetamu meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama-Sama’

Business & Finance
14 Apr 2026 • 11:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MR D.I.Y. rai 300 tetamu meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama-Sama’
Para tetamu serta pemenang pertandingan bergambar di Rumah Terbuka ‘Raya Sama-Sama’ MR D.I.Y di Glasshouse Seputeh pada Selasa.
Image from: MR D.I.Y. rai 300 tetamu meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama-Sama’
Alif dan kumpulannya, The Locos bergambar bersama pemenang pertandingan 'Raya Sama-Sama Dance Challenge’.

JENAMA peruncit perkakas rumah terkemuka, MR D.I.Y. terus memeriahkan sambutan Aidilfitri menerusi penganjuran Rumah Terbuka ‘Raya Sama-Sama’ yang menghimpunkan seramai 300 tetamu pada Selasa.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulannya, Alex Goh berkata, penganjuran majlis di Glasshouse Seputeh itu bertujuan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, di samping berkongsi kegembiraan sempena musim perayaan.

"Di MR D.I.Y., kami percaya bahawa hari raya paling bermakna apabila diraikan bersama. Menerusi kempen ‘Raya Sama-Sama’, kami mendekatkan orang ramai melalui pengalaman, tradisi dan detik-detik yang sederhana namun bermakna.

"Kami sungguh gembira melihat semua yang hadir dan meraikannya bersama-sama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam masa sama, majlis tersebut turut meraikan pemenang ‘Raya Sama-Sama Dance Challenge’ yang berpeluang menyertai sambutan berkenaan secara langsung bersama tetamu lain.

Cabaran yang berlangsung dari 7 Mac hingga 7 April lalu, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM80,000 kepada pemenang.

Lebih menarik, acara berkenaan diserikan dengan kehadiran artis terkenal, Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos, yang menghiburkan para tetamu dan memeriahkan suasana sepanjang majlis berlangsung.

Alif, dikenali menerusi wataknya sebagai Izzat dalam filem web Raya MR D.I.Y. bertajuk ‘Raya Sama-Sama’, berjaya menarik perhatian ramai apabila kempen tersebut mencatatkan lebih 51 juta tontonan di seluruh negara.

**media[3491653]**

Para tetamu juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk bengkel interaktif, hidangan juadah tradisional dan persembahan kebudayaan bagi menyerikan lagi suasana majlis.

Kemuncak acara menyaksikan para tetamu, pemenang pertandingan serta penghibur berkumpul di lantai tarian untuk menari mengikut lagu ‘Raya Sama-Sama’, sekali gus menggambarkan semangat kebersamaan yang menjadi tema utama sambutan tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., orang ramai boleh layari laman rasmi mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my dan media sosial seperti Facebook, Instagram serta TikTok.