MrBeast Menjadi Saluran YouTube Pertama Mencapai Angka Lebih 500 Juta Pelanggan

EntertainmentLifestyle
13 Jun 2026 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MrBeast Menjadi Saluran YouTube Pertama Mencapai Angka Lebih 500 Juta Pelanggan

MrBeast merupakan salah satu saluran YouTube yang tidak asing bagi ramai pengguna internet, dimana melaluinya pelbagai video berbentuk cabaran dengan hadiah-hadiah lumayan diterbitkan. Terbaru, MrBeast mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi saluran YouTube pertama yang mempunyai lebih 500 juta pelanggan.

Image from: MrBeast Menjadi Saluran YouTube Pertama Mencapai Angka Lebih 500 Juta Pelanggan

Sebelum ini, pada Jun 2025 yang lepas, MrBeast telah mencatatkan angka 400 juta pelanggan, dan kini dalam tempoh setahun, saluran berkenaan berjaya menambah 100 juta lagi pelanggan baharu. MrBeast sendiri telah mula memperluaskan penawaran mereka dengan bukan sekadar saluran YouTube sahaja, tetapi turut menerbitkan rancangan untuk Amazon Prime Video, selain turut menghasilkan sejumlah barangan, dan baru-baru ini telah mengambil-alih sebuah aplikasi kewangan yang memfokuskan gen-z.

Dengan perkembangan terbaru ini, ia dilihat jenama MrBeast masih giat berkembang dengan pesat walaupun pelbagai penerbit kandungan lain yang baharu hadir ke arena web. Dengan penambahan purata sekitar 100 juta pelanggan baharu setiap tahun, mungkinkah kita melihat MrBeast mencapai 1 bilion pelanggan dalam masa sekitar 5 tahun lagi?