MRT Laluan Putrajaya Mampu Kurangkan Kesesakan Jalan Raya

15 Mar 2023 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MRT Putrajaya melibatkan laluan sepanjang 57.7km dari Kawasan Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 36 stesen termasuk sembilan stesen bawah tanah dan 49 set tren. - Gambar oleh Azim Rahman

Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Dua yang bakal beroperasi esok mampu mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya bagi jalan dan lebuh raya yang menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini, pengguna jalan raya terutamanya dari Putrajaya dan Seremban berdepan masalah kesesakan lalu lintas kritikal antaranya di Lebuhraya Maju Expressway dan Lebuhraya Sungai Besi hingga menyebabkan kelewatan ke tempat kerja atau destinasi lain.

Dengan laluan sepanjang 40.2 kilometer (km) dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral, operasi Fasa Dua tersebut melibatkan beberapa lokasi atau stesen 'hot spot' antaranya Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Ampang Park yang merupakan tempat tumpuan warga kota yang bekerja.

MRT Putrajaya secara keseluruhannya melibatkan laluan sepanjang 57.7km dari Kawasan Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 36 stesen termasuk sembilan stesen bawah tanah dan 49 set tren. - Bernama

Gambar-gambar oleh jurufoto Getaran, Azim Rahman.

image is not available
Kesemua tren dalam laluan MRT Putrajaya menggunakan tahap automasi empat (GoA4), iaitu tren dikawal secara automasi tanpa penggunaan sumber manusia.

image is not available
MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua itu akan dibuka kepada pengguna bermula 3 petang pada 16 Mac ini.

image is not available
Pengamal media dibawa merasai sendiri pengalaman menaiki MRT dari Putrajaya Sentral ke stesen Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit bagi perjalanan dua hala, baru-baru ini.

image is not available
Dijangka 104,000 pengguna sehari akan memanfaatkan laluan MRT Putrajaya yang menelan belanja RM30.53 bilion itu.

image is not available
Pengguna digalakkan menggunakan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan, My50 sebagai langkah penjimatan.

image is not available
MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua yang bakal beroperasi esok mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

image is not available
Jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam masa dua tahun.

image is not available
Ia akan melalui laluan sepanjang 40.2 kilometer (km) dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral, operasi Fasa Dua ini melibatkan beberapa lokasi atau stesen 'hot spot' antaranya Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Ampang Park.

image is not available
Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.