MSI Claw 8 EX AI+ Dengan Konfigurasi Intel Arc G3 Extreme Dan Memori 32GB Hadir Dengan Tanda Harga $1799

TechnologyGaming
19 Jun 2026 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MSI Claw 8 EX AI+ Dengan Konfigurasi Intel Arc G3 Extreme Dan Memori 32GB Hadir Dengan Tanda Harga $1799

MSI telah memperlihatkan banyak produk-produk baru sewaktu acara Computex Taipei tempoh hari, dan salah satu daripadanya ialah konsol permainan PC mudah-alih MSI Claw 8 EX AI+ yang merupakan antara konsol permainan pertama yang akan menggunakan cip pemprosesan Intel Arc G3 Extreme.

Konsol ini hadir dengan spesifikasi yang cukup menarik, termasuklah paparan skrin 8″ LCD FHD+ 120Hz dengan VRR serta sokongan untuk fungsi sentuhan. Ia dikuasakan oleh siri cip pemprosesan Intel Arc G3 dengan konfigurasi memori dan storan LPDDR5X sehingga 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB.

Image from: MSI Claw 8 EX AI+ Dengan Konfigurasi Intel Arc G3 Extreme Dan Memori 32GB Hadir Dengan Tanda Harga $1799

Terkini, MSI telah mengesahkan tanda harga konsol tersebut untuk pasaran Amerika Syarikat, dan laman web mereka telah memaparkan tanda harga $1799 (~RM7431) untuk konfigurasi cip Intel Arc G3 Extreme dan penawaran memori dan storan yang sama.

Tarikh jualan konsol MSI Claw 8 EX AI+ ini juga telah ditetapkan pada 23 Jun 2026, iaitu kira-kira lima hari sahaja lagi dari hari ini, tetapi apa yang kita tahu mengenainya kini adalah ini hanya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Kami telah bertanyakan kepada pihak MSI Malaysia untuk bertanyakan bilakah konsol ini akan memasuki pasaran tempatan, dan adakah tanda harganya akan menyerupai pasaran Amerika Syarikat.

Sumber: MSI USA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved