
TOKYO: Penduduk Tokyo dilanda hujan selama 35 hari berturut-turut yang mencetus rekod fenomena cuaca baharu ketika pakar mengaitkan keadaan itu dengan gabungan perubahan iklim dan fenomena El Nino yang mewujudkan sistem tekanan tinggi berpanjangan di Lautan Pasifik.
Hujan luar biasa itu menyebabkan harga sayur-sayuran meningkat dengan ketara, menjejaskan sektor pelancongan dan membuatkan jutaan penduduk di ibu negara Jepun itu tertanya-tanya bilakah mereka dapat menikmati cahaya matahari semula.
Menurut agensi berkenaan, Tokyo tengah menerima taburan hujan sebanyak 629 milimeter dari awal September hingga Isnin lalu, hampir tiga kali ganda daripada paras biasa.
Sepanjang tempoh sama, Tokyo hanya menerima 45.8 jam cahaya matahari, iaitu paras kedua terendah dalam rekod, manakala 14 hari langsung tidak menerima cahaya matahari.
Menurut seorang doktor dan pengarah s klinik di ibu negara, Hiromichi Ito, keadaan cuaca itu turut menjejaskan kesihatan fizikal dan mental penduduk.
Beliau memberitahu akhbar Sankei Shimbun, hujan berpanjangan, tekanan atmosfera rendah dan kelembapan tinggi boleh menyebabkan sakit kepala, pening serta gejala lain.
Walaupun mula renyai menjelang lewat pagi Rabu, lebih banyak hujan mungkin menyusul apabila fenomena El Nino tahun ini memanaskan Lautan Pasifik dan meningkatkan corak cuaca ekstrem yang dicetuskan oleh krisis iklim.
Musim hujan di Tokyo biasanya berlaku pada Jun, namun hujan lebat berlaku secara berterusan sepanjang musim panas, menyebabkan banjir besar di beberapa kawasan.
Awal bulan ini, Taufan Dujuan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Chiba yang berdekatan, mengorbankan lapan orang dan memusnahkan puluhan rumah.
The post Tokyo berdepan hujan 35 hari berturut-turut appeared first on Utusan Malaysia.




