Mualim Muda 2: Aizuddin Kekal Tangga Pertama, Qamarul, Yusuf & Aidil Selamat Dari Tersingkir

7 Nov 2026 • 11:41 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Mualim Muda 2: Aizuddin Kekal Tangga Pertama, Qamarul, Yusuf & Aidil Selamat Dari Tersingkir

Pentas minggu kedua Mualim Muda 2 berakhir dengan menyaksikan sekali lagi tiada penyingkiran diumumkan.Malah, Mualim Muda Aizuddin juga berjaya membuktikan kehebatannya sekali lagi apabila berjaya mengekalkan kedudukan ditangga pertama selepas namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan bagi dua minggu berturut-turut.Bagaimanapun, nasib sedikit kurang baik buat tiga Mualim Muda iaitu Qamarul, Yusuf dan Aidil apabila mereka berada dikedudukan tiga terendah.Namun ketiga-tiganya menarik nafas lega apabila mereka dapat kembali meneruskan perjuangan kerana tiada penyingkiran diumumkan.Sementara itu, Mustaqim juga diumumkan sebagai penerima Mualim Muda Tergempak hasil undian di minggu pertama.Dengan mengangkat tema minggu ini iaitu ‘Pesan Nabi’, para peserta secara berpasangan telah membentangkan kefahaman terhadap hadis mengikut tajuk yang ditetapkan serta mengupas pengajaran dan hikmahnya dalam konteks kehidupan masa kini.Keunikan minggu kedua adalah peserta akan membuat tugasan yang dipilih secara undiandan pementasan tazkirah mereka disuntik elemen muzikal.Kesemua peserta minggu kedua ini diadili oleh juri tetap iaitu Dr Kamilin Jamilin dan Ustazah Asni Mansor manakala Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Izhar Ariff pula hadir sebagai juri jemputan menggantikan Datuk Ustaz Kazim Elias.Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud kembali sebagai Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved