Mualim Muda 2: Minggu Kedua Tampilkan Gandingan Duo, Bawa Topik Pesan Nabi

7 Nov 2026 • 1:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Mualim Muda 2: Minggu Kedua Tampilkan Gandingan Duo, Bawa Topik Pesan Nabi

Selepas menyaksikan aksi pembukaan yang cukup hebat pada minggu pertama, cabaran Mualim Muda Musim 2 kini diteruskan dengan minggu kedua yang pastinya menjanjikan kelainan buat penonton.Menerusi episod pertama, para peserta berjaya mempamerkan persembahan penuh emosi yang menyentuh hati, selain menerima kata-kata semangat dan teguran membina daripada barisan juri.Namun untuk minggu kedua, tugasan yang diberikan agak mencabar di mana para peserta akan membuat persembahan secara duo dengan mengangkat topik pilihan iaitu ‘Pesan Nabi’.Menariknya, para peserta secara berpasangan akan membentangkan kefahaman terhadap hadis mengikut tajuk yang ditetapkan serta mengupas pengajaran dan hikmahnya dalam konteks kehidupan masa kini.Keunikan minggu kedua adalah peserta akan membuat tugasan yang dipilih secara undiandan pementasan tazkirah mereka disuntik elemen muzikal.Kelainan yang ditampilkan dalam minggu ini adalah setiap persembahan peserta akan diiringi pemuzik secara live oleh kumpulan Mawla selain pengacara, Fakhrul Radhi dan Atu akan memperdendangkan selawat atau qasidah sebelum dan selepas iklan.Sementara itu, untuk persembahan pembukaan pula, penonton akan dihiburkan oleh kumpulan nasyid remaja iaitu Kumpulan One Path yang terkenal dengan cover lagu-lagu trending versi islamik.One Path akan menyanyikan salah satu lagu cover mereka yang tular iaitu Golden (ost animasi Kpop Demon Hunter) versi islamik yang bertajuk Syurga.Mereka juga akan mempersembahkan selawat yang selari dengan tema minggu kedua iaitu Pesan Nabi.Minggu kedua juga akan menyaksikan para peserta dinilai oleh juri tetap iaitu Dr Kamilin Jamilin, Ustazah Asni Mansor dan Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Izhar Ariff sebagai juri jemputan menggantikan Datuk Ustaz Kazim Elias.Berikut merupakan tajuk persembahan peserta:1.Mualim Muda Aizuddin & Mualim Muda Yazid - Ikhlas Yang Sukar Di Cari2. Mualim Muda Yusuf & Mualim Muda Aidil - Lidah Membawa Syurga Atau Neraka3. Mualim Muda Adam Tan & Mualim Muda Syafiq - Memaafkan Itu Kekuatan4. Mualim Muda Raja & Mualim Muda Khaiqal - Amanah Yang Dipandang Ringan5. Mualim Muda Mustaqim & Mualim Muda Qamarul - Sabar Itu Bukan LemahSaksikan Mualim Muda Musim 2 pada Sabtu, 7 November, jam 9 malam menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105).Penonton juga boleh menyaksikan program ini secara strim menerusi Astro GO dan Ultra Box!Untuk info, minggu pertama menyaksikan rezeki berpihak kepada Mualim Muda Aizuddin yang merupakan penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan bagi minggu tersebut.Kemenangan itu sekaligus menandakan Aizuddin berada di kedudukan pertama.Bagaimanapun, tiga nama yang berada dikedudukan terendah pula adalah Mualim Muda Syafiq, Aidil dan Qamarul.Namun, mereka menarik nafas lega dan mengucapkan rasa syukur apabila tiada penyingkiran diumumkan di minggu pertama. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved