Muat Naik Video Rindu Anak, Aliff Aziz Jadi Tumpuan Netizen – “Pergi Jumpa Usahakan Tak Perlu Tunggu”

EntertainmentLifestyle
19 Jan 2026 • 2:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video menyentuh perasaan yang memaparkan dirinya meluahkan kerinduan terhadap anak-anak sambil menyanyikan sebuah lagu penuh emosi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff turut menulis kapsyen berbunyi:

Advertisement

Video berkenaan pantas mendapat perhatian warganet, namun rata-rata komen yang ditinggalkan bersifat terus terang dan menggesa Aliff supaya tidak hanya meluahkan perasaan di media sosial, sebaliknya berusaha sendiri untuk bertemu anak-anaknya.

Antara komen netizen yang mencuri tumpuan:

“Lahhhh terpaling tersakiti. Ni la padahnya because of YOUR OWN actions.”

“Jumpa la anak²… anak² pun mesti rindu kat ayah kandung dia.. Semoga Tuhan permudahkan urusan kalian semua.. Apa yg berlaku sebelum ini jadilah sebagai iktibar & pengajaran.. Jadi seorang ayah yg baik utk anak² ye, Aliff.. Tahun 2026 ni cuba la sambut hari jadi anak² utk rapatkan hubungan seorang ayah dgn anak…”

Reaksi netizen jelas menunjukkan rasa simpati terhadap anak-anak, di samping mengingatkan Aliff bahawa peranan seorang bapa memerlukan usaha dan tanggungjawab yang berterusan, bukan sekadar luahan emosi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-19 13:45:33

"Dengarnya Kalah Pemilihan.." - Rita Rudaini Respon Isu Muafakat MRSM, Dakwa Difitnah Individu

The post Muat Naik Video Rindu Anak, Aliff Aziz Jadi Tumpuan Netizen – “Pergi Jumpa Usahakan Tak Perlu Tunggu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article