Muat Naik Video TikTok, Netizen Dakwa Wajah Zoey Rahman Banyak Berubah – “Lain Betul Muka Dia Sekarang”

Entertainment
3 Jan 2023 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman baru-baru ini dilihat sering memuat naik video memaparkan dirinya melalukan trend di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar bin Abdul Rahman dilihat memakai hiasan kepala seperti Sarimpak iaitu pakaian tradisional masyarakat Borneo, serban Malaki dan lain-lain.

Malah, pengacara rancangan Gerak Geri Gasing itu turut mengenakan solekan khusus untuk kaum lelaki sehingga menampakkan kelainan pada wajahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mendakwa terdapat banyak perubahan yang berlaku pada wajah pelakon berusia 37 tahun itu yang seakan-akan seperti membuat pembedahan plastik.

image is not available

Malah, ada juga segelintir pihak yang mengatakan mereka sehingga tidak mengenali pelakon itu dan meluahkan rasa rindu ingin melihat wajah Zoey yang dahulu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Guna Vaksin Ciptaan Allah Je” - 3 Tahun Bebas COVID-19, Rita Rudaini ‘Suggest’ Rakyat Ikut Petuanya Seperti..