Mudah Nak Guna, Wanita Kongsi Petua Unik Simpan Lengkuas

FoodCooking
16 Jun 2025 • 4:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mudah Nak Guna, Wanita Kongsi Petua Unik Simpan Lengkuas

Lengkuas merupakan salah satu bahan penting dalam masakan Asia Tenggara. Rasanya yang pedas dan beraroma sering menjadi pelengkap utama dalam pelbagai hidangan tradisional. Sama ada digunakan dalam rendang, sup atau sambal, lengkuas memberi rasa yang tersendiri kepada masakan.

Bahan ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut digunakan secara meluas di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Setiap negara ini mempunyai gaya masakan unik yang menjadikan lengkuas sebagai bahan wajib. Namun, tidak semua orang tahu cara terbaik menyimpan lengkuas agar tahan lama.

Ramai yang hanya beli lengkuas bila perlu, tetapi akhirnya ia rosak begitu sahaja walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Perkara ini menyebabkan pembaziran bahan dan wang berulang kali. Ada juga yang cuba simpan begitu sahaja tanpa dikisar, tetapi lengkuas menjadi cepat kering dan keras. Malah, ada pula yang mengecut. Oleh itu, penting untuk ketahui petua simpan lengkuas dengan cara paling mudah.

Seorang wanita bernama Teresia Laleng Wang berkongsi cara simpan lengkuas yang sangat praktikal menerusi laman Facebook. Cara ini tidak hanya menjimatkan wang, malah mengelakkan pembaziran kerana lengkuas dapat kekal segar.

“Ini bukan aiskrim, ini cara saya simpan lengkuas yang sudah dikisar.

“Bila-bila masa nak pakai, ambil sebatang dan kalau masakan tak banyak, boleh pakai setengah batang,” maklum wanita berkenaan.

Ikuti cara simpan lengkuas yang dikongsi wanita berkenaan di bawah.

Cara simpan lengkuas

Pertama, bersihkan lengkuas dan buang tanah yang melekat di bahagian ubinya. Potong dan asingkan daun daripada ubi lengkuas supaya lebih mudah diproses.

image is not available
Kredit: Teresia Laleng Wang

Kemudian, potong lengkuas bersaiz sederhana kecil. Sifat lengkuas yang agak keras akan melambatkan proses mengisar jika anda potong ubinya agak besar. Setelah itu, masukkan kesemua lengkuas tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar halus dengan air yang sedikit. Tambah air sedikit demi sedikit jika perlu.

image is not available
Kredit: Teresia Laleng Wang

Akhir sekali, masukkan lengkuas ke dalam plastik ais krim. Bagi memudahkan kerja di dapur, gunakan corong makanan seperti gambar di bawah. Jangan isi hingga penuh. Tinggalkan ruang supaya anda boleh simpulkan bahagian hujung plastik.

image is not available
Kredit: Teresia Laleng Wang

Wanita berkenaan turut menitipkan pesan supaya memberitahu ahli keluarga, terutamanya anak kecil bahawa isi plastik tersebut adalah lengkuas, bukannya ais krim. Semoga bermanfaat.