“Mungkin perempuan itu lebih layak” – Wanita Kongsi Pengalaman ‘Dihadiahkan’ Madu Tanpa Rela

Entertainment
16 Jun 2025 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita menerusi laman TikTok miliknya, meluahkan kesedihan apabila dia dimadukan tanpa kerelaannya.

Dalam hantaran tersebut, pengguna TikTok @nurainnashwa meluahkan dia dan suami mempunyai impian untuk bersanding dengan berbusana songket, namun angan-angannya itu lenyap kerana mereka berdua berkahwin ketika usia muda.

Pun begitu, suaminya itu berbusana songket ketika bersanding dengan isteri barunya.

Wanita itu juga meluahkan, kesetiaannya terhadap suami seakan diperlekehkan ketika suaminya itu berkahwin dengan wanita lain.

image is not available

image is not available

“10 tahun aku setia jadi penunggu, jadi si setia yang lurus percaya. Aku simpan kemas angan-angan tu dalam-dalam.

Tahun ke-10 dengan kandungan yang masih sarat dalam rahim aku, dia dengan tanpa ihsan meluahkan bahawa dia sudah berkahwin demi memenuhi rasa sunyi dalam hatinya.

Dan hari ini, dia pakai juga songket tu, bahagia dan naik pelamin tapi bukan aku yang berdiri sebelah dia,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen difahamkan wanita itu sedang mengandung 7 bulan ketika suaminya itu berkahwin baru.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai, rata-rata mereka meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama.

image is not available

Berat ujiannya, semoga kekal tabah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.