Mufti Kelantan Tegur Tindakan Wanita Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk

23 Jun 2026 • 4:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Mufti Kelantan Tegur Tindakan Wanita Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular video memaparkan tindakan seorang wanita yang membuat promosi pakaian dalam dengan memakainya di luar baju. Tindakannya kemudiannya dikritik orang ramai yang menyifatkan ia tidak sesuai dengan imej wanita muslimah bertudung.

Mufti Kelantan tegur tindakan promosi pakaian dalam dengan pakai di luar baju

Video tersebut turut mendapat perhatian Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menegur tindakan peniaga yang mempromosikan pakaian dalaman dengan memakainya sendiri.

Katanya walaupun menutup aurat, perkara itu disebabkan tindakan promosi sebegitu boleh menimbulkan kontroversi selain tidak selari dengan etika akhlak Islam.

Ada alternatif lain boleh digunakan, utamakan kaedah promosi yang tak undang polemik

Ujar Mohamad Shukri, pendekatan yang digunakan untuk mempromosikan barangan terbabit dianggap tidak bersesuaian meskipun mematuhi tuntutan syarak.

Hal ini kerana, masih ada alternatif lain yang boleh digunakan serta lebih baik.

Beliau menegaskan peniaga perlu mengutamakan kaedah promosi yang tidak menimbulkan sebarang polemik di kalangan orang ramai.

“Dari segi etika, perkara itu tidak begitu sesuai kerana masyarakat sudah sedia maklum mengenai fungsi pakaian tersebut.

“Kalau mahu menunjukkan cara pemakaian sekali pun, masih ada pilihan lain seperti menggunakan replika atau patung peragaan,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Peniaga perlu patuhi etika dan akhlak Islam dalam urusan perniagaan, tindakan peniaga wanita keterlaluan

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan para peniaga agar mematuhi etika serta akhlak Islam dalam melakukan urusan perniagaan.

“Kita pada setiap masa perlu patuh dan mengamalkan etika akhlak Islam dalam apa juga yang dilakukan.”

Mohamad Shukri turut berpandangan tindakan peniaga wanita yang memakai pakaian dalam di luar baju itu keterlaluan kerana ada pilihan lain boleh dilakukan untuk menunjukkan cara pemakaian untuk sesuatu produk.

Jelasnya, sekiranya wanita itu menutup aurat mungkin tidak timbul isu besar dari sudut hukum namun dari segi kesesuaian serta adab yang tidak menjadi pilihan terbaik.

Alternatif lain dilakukan untuk elak salah faham atau kontroversi

Tegasnya lagi sekiranya ada alternatif lain, kaedah terbabit hendaklah diberikan keutamaan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang salah faham mahupun kontroversi.

“Kalau ada pilihan lain, saya nasihatkan supaya diberi keutamaan kepada kaedah yang tidak menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” jelasnya lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]

JAHEAIK sedang jalankan siasatan berhubung video tular wanita promosi pakaian dalam dengan pakai luar baju

Dalam pada itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Mohd Asri Mat Daud turut memaklumkan pihaknya telah menerima makluman berkaitan isu terbabit.

Jelasnya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) juga sedang melakukan siasatan berhubung perkara itu.

“Pihak JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan) sedang menjalankan siasatan sebagaimana yang tular.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved