
Bekas ahli kumpulan Dolla Syasya Rizal selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Amanah terbesar buat dirinya dan suami
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
“Pada awal tahun ini, saya memohon kepada Allah untuk kehidupan yang dipenuhi dengan cinta dan tujuan, sebagai balasannya beginilah cara kami mengakhiri tahun.
“Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba. Muhammad Yassir Hayyan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

