
Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Halal Hab menolak persepsi segelintir peniaga yang mendakwa permohonan pensijilan halal sukar, mahal dan memakan masa yang lama.
Pengerusinya, Mohammad Sidik Awang Adi berkata, sebaliknya, proses permohonan pensijilan halal amat mudah dan cepat iaitu kelulusan hanya dalam tempoh 23 hari.
Paling penting katanya, pemohon harus melengkapkan segala keperluan permohonan dengan baik mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebenarnya permohonan sijil halal ini mudah dan cepat tapi ramai yang tidak faham. Segala proses berkaitan dari permohonan hingga bayaran hanya dalam tempoh 23 hari.
“Dalam tempoh itu jika segala keperluan lengkap, Insha Allah mereka akan dapat sijil logo halal kerana kita sasarkan kelulusan dalam tempoh 30 hari ke bawah.
“Dari segi dakwaan kelulusan memakan masa lama, sebenarnya bukan salah kami tetapi di pihak pemohon yang tidak melengkapkan dokumen atau keperluan diminta.
“Contohnya, bila kita sudah buat audit, dia lambat bagi maklum balas yang menjadi keperluan wajib bagi proses permohonan sijil halal dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Perbincangan Meja Bulat Pensijilan Halal Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah, di sini, Khamis.
Ia sebagai maklum balas ekoran dakwaan segelintir peniaga khususnya pengusaha dalam bidang penyediaan makanan di Sabah mengenai kesukaran memohon pensijilan halal.
Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama Islam, Datuk Dr. Ariffin Arif sebagai perasmi serta wakil daripada 24 agensi kerajaan dalam pelbagai industri.
Mohamad berkata, sistem audit halal Hab yang dipraktikan di Malaysia mewajibkan segala maklum balas diperlukan dalam tempoh tujuh hari dan jika lewat, permohonan akan hilang dalam sistem secara automatik.
Jika itu berlaku katanya, pihaknya akan dipersalahkan kononnya lewat dalam pengurusan sedangkan hakikatnya, pemohon yang lambat atau langsung tidak beri maklum balas.
“Semua ini cuma persepsi dan salah faham, jadi semua pemohon atau baru mahu memohon perlu ada kefahaman tentang tatacara permohonan sijil halal ini yang sebenarnya mudah dan cepat,” tegasnya.
Sehubungan itu katanya, Muis Halal Hab akan mengadakan latihan dan bimbingan bagi kesedaran halal secara terperinci melibatkan agensi kerajaan termasuk dewan perniagaan dan pengusaha pelbagai sektor di Sabah.
Sementara itu, Ariffin berkata, empat resolusi telah dicapai di perbincangan meja bulat itu bagi memberi nilai tambah kepada PMKS menerusi pensijilan halal.
Katanya, antaranya pertama, penyelarasan pangkalan data usahawan di bawah semua agensi kerajaan terlibat di bawah satu sistem bagi memudahkan sebarang inisiatif kerajaan untuk golongan itu.
“Kedua, mengadakan latihan atau bimbingan halal untuk usahawan PMKS dan ketiga, pelaksanaan program bersepadu antara agensi bagi mempromosikan pensijilan halal Malaysia.
“Resolusi terakhir, melatih agensi (pemberi bantuan) dalam pensijilan halal sebagai ‘trainer’ atau ‘auditor’, sekaligus memudahkan sebarang permohonan sijil halal oleh PMKS.
“Menerusi usaha murni ini, kita mampu membangunkan usahawan PMKS di Sabah khususnya melalui pensijilan halal yang secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada golongan ini,” katanya.

