“Muka Cantik Tapi Perangai Macam Ni”- Pendedahan Gadis Sikap Pengotor Housemate Curi Perhatian [Video]

LocalEntertainment
24 Feb 2025 • 12:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kebersihan merupakan aspek paling penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang mengabaikan perkara ini hingga kadang kala menyusahkan orang lain lebih lagi buat mereka yang duduk menyewa.

Lebih mengejutkan, dari segi luaran individu tersebut dilihat begitu menjaga imej namun hakikatnya hanya orang tinggal serumah sahaja yang tahu sikap sebenar mereka.

Bekas & Sisa Makanan Pada Lantai

Baru-baru ini, tular di media sosial keadaan sebuah rumah sewa yang diduduki oleh seorang gadis.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ainnn__n, kelihatan rumah sewa pengguna berkenaan berada dalam keadaan tidak terurus dan menjijikkan.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat lantai rumah dipenuhi dengan sampah sarap seperti bekas makanan dan minuman serta kertas terbuang.

Malah, lantai itu juga dilihat mempunyai sisa kotoran makanan seolah-olah seperti telah diseret oleh seseorang.

Peti Ais Penuh Kotoran & Sisa Makanan Lain

Lebih menjijikkan, peti ais rumah dipenuhi dengan kotoran serta sisa baki makanan dan minuman.

Turut terdapat bekas minuman yang kosong turut diletakkan dalam peti ais berkenaan.

“Kita pun no comment lah bila duduk bilik sewa, kongsi pula satu rumahkan. Muka cantik tapi perangai macam ini tak boleh nak kata apa jugakkan,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@ainnn__n

kita pun no comment lah bila duduk bilik sewa share pulak satu rumah kan . muka cantik tapi perangai cam gini takleh kata apa jugak kan harap tak keluar lah eh fyp housemate ii sana takutttt 😬😬

♬ original sound – Piqa Rashid✨ – Piqa Rashid✨

Gadis Bantu Bersihkan Peti Ais, Pernah Letak Notis Peringatan

Kongsi gadis berkenaan menerusi hantaran berasingan, peti ais yang kotor itu telah dicuci dan dikemaskan olehnya.

Jelasnya, dia bertindak demikian kerana mahu meletakkan telur yang dibeli ke dalam peti sejuk tersebut.

“Sebab hendak letak telur je, bersihkan (peti ais). Kalau tak, memang tak sentuh langsung peti,” tulisnya lagi.

image is not available
Foto: TikTok

Kongsi pengguna itu lagi, dia tidak mengenali penyewa yang lain namun pernah memberi teguran kepada mereka supaya menjaga kebersihan.

Malangnya, tiada perubahan yang dibuat malah dia mendakwa sampah yang dibuang pula semakin banyak.

image is not available
Foto: TikTok

Walau bagaimanapun, ‘kesengsaraan’ yang dihadapi oleh pengguna berkenaan akhirnya berakhir apabila dia kini telah tinggal bersama keluarga sebaik sahaja tamat latihan di syarikat tempatnya bekerja.

Ramai Geli & Hairan Dengan Sikap Pengotor Penyewa

Video yang telah mendapat lebih 542,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendedahan pengguna itu apatah lagi dengan dakwaan bahawa penyewa lain merupakan individu yang mempunyai kecantikan rupa paras.

Malah, ramai juga yang mengecam sikap pengotor penyewa berkenaan hingga hairan bagaimana mereka boleh duduk dalam keadaan sedemikian.

Tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi sama.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Ya Allah Gelinya, Saya Selalu Bebel Dekat Anak Perempuan Saya, Biar Tak Lawa Janji Rajin, Bersih”

image is not available

“Betul, Yang Paling Lawa Spray Perfume Satu Botol Tu La Yang Pengotor Nak Mampus”

image is not available

“Aku Pernah Tinggal Dengan Housemate Pengotor, Bila Kami Bising, Tahu Pula Nak Marah”

image is not available

“Takut Nak Sewa Ramai-Ramai, Prefer Sewa Bilik Yang Studio, Mahal Sikit Tak Apa Dari Stres Hadap Housemate Gini”

image is not available

“Saya Pun Pernah Kena Macam Ini, Bayangkan Ulat Sampah Dari Dapur Sampai Ke Ruang Tamu”

image is not available

Source: