
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
India merupakan antara negara yang terkenal di serata dunia dengan peniaga-peniaga makanan terutamanya bagi gerai di tepi jalan yang dianggap tidak menitik beratkan soal kebersihan.
Di media sosial, pasti ada sahaja video-video yang memaparkan peniaga makanan di sana mencelup tangan ke dalam kuah kari atau dhal dalam keadaan persekitaran gerai yang kelihatan kotor serta bersepah.
Perkara ini pastinya membuatkan ramai pengguna media sosial berasa ‘kembang tekak’ dan takut untuk mencuba makanan di sana, namun ada juga segelintir pelancong yang tertarik untuk merasainya.
Tular influencer Malaysia makan di gerai terkenal di India yang kotor dan bersepah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang influencer dari Malaysia, Fakhrul Aizat memakan makanan yang dibuat oleh peniaga terkenal di India, Lali Chhangani.
Lali Chhangani sememangnya terkenal kerana menjual sejenis makanan dikenali sebagai ‘Club’ Kachori dalam keadaan bersepah serta dilihat kotor.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok, Fakhrul berkata, dia harus menempuh perjalanan yang jauh untuk mencuba makanan tersebut yang terletak di Bandar Kolkata.
Tiada rasa loya, Fakhrul selamba makanan Kachori siap ulas rasa sedap
Influencer yang sering memuat naik konten-konten makanan di India itu juga dilihat secara santai dan tanpa rasa loya mencuba makanan terbabit sambil memberi ulasannya.
“Ada roti, maruku dan kual dhal. Sedap kuah rasa pedas-pedas sikit, ada isi kentang, maruku bagi rasa ragup-ragup sikit, nak lagi ‘layan’ makan dengan roti ni,” katanya.
Dalam video terbabit, kelihatan makanan berkenaan diletakkan atas daun-daun kering yang dijadikan seperti pinggan.
okey deal! membe bukak bazar ramadhan melawati next month! . ootd semestinya @EIGER Adventure Malaysia . . #india #streetfood #fyp #foryou #foryoupage #tiktok #malaysia #fakhrulaizat #fyppppppppppppppppppppppp
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Ramai yang berseloroh dengan mendakwa perut Fakhrul Aizat sememangnya tahan untuk menerima makanan sedemikian.
Tidak kurang juga pengguna media sosial yang berasa rimas dengan cara Chhangani menguruskan makanan yang dilihat sangat ‘bersepah’.




Source:





![“Ini Baru Betul Sambut Ramadan & Syawal” – Dekorasi Raya IOI City Mall Buat Ramai Teruja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/home-and-living.jpeg)