Gelagat Anak Terkejutkan Bapa Kerana Balik Lambat Buat Ramai Geli Hati [Video]

EntertainmentFamily & Parenting
24 Feb 2025 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu pasti ingin hidup dengan keluarga yang bahagia. Ini kerana keluarga yang bahagia akan membuatkan setiap isi rumahnya gembira dengan kehadiran insan tersayang.

Malah mereka yang dari keluarga bahagia juga akan sentiasa prihatin antara satu sama lain, berbual mesra termasuklah bergurau.

Apa yang lebih menarik gurauan antara keluarga itu juga membuatkan hubungan antara ibu bapa dan anak menjadi lebih akrab serta kenangan indah untuk dikenang selalu.

Pemuda jadi perhatian kerana terkejutkan ayah sebab balik lambat

Baru-baru ini, seorang pemuda menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat mengusik bapanya yang suka pulang lewat ke rumah.

Menerusi video dikongsikan oleh Daus di TikTok, awalnya kelihatan dia meletakkan kamera di satu sudut berhadapan bilik tidurnya untuk merakamkan momen ketika ayahnya pulang ke rumah.

Sebaik meletakkan kamera dia kemudian segera menyorokkan diri di bawah katil. Tidak lama kemudian kelihatan kelibat ayah lalu di hadapan kamera menuju ke tandas sewaktu pulang ke rumah.

Buat bunyi seram nak tarik perhatian ayah

Sewaktu ayahnya berada di tandas, kedengaran Daus membuat bunyi menyeramkan untuk menarik perhatian ayahnya.

Selesai di tandas, si ayah kemudian keluar dan memeriksa bilik anaknya. Sebaik sahaja ayah masuk ke dalam bilik, Daus segera mengeluarkan tangan dan memegang kaki ayahnya.

Ayah menjerit ketakutan sambil melompat-lompat

Tindakan Daus secara tidak langsung membuatkan si ayah terkejut lalu menjerit ketakutan sambil melompat.

Mendengar reaksi spontan ayahnya itu, Daus tidak dapat menahan diri lalu ketawa sambil keluar dari bawah katil.

“Allahuakbar, ayah nak mati. Sanggup duduk bawah tu (bawah katil), aku nak mati dah,” kata si ayah sambil mengurut dada.

Di ruangan kapsyen Daus mengatakan kejutan itu diberikan sekadar gurauan dan meminta orang ramai untuk mendoakan ayahnya.

“Padah seketul ayah suka balik lewat malam, haaa itu makannya.

“Minta semua doakan ayah saya sentiasa sihat ya, sekali-sekala kita bagi jantung ayah bersenam sikit supaya lagi kuat,” tulisnya.

@dddaussahajaaa

Padah seketul Ayah suka balik lewat malam, haaa itu dia makannya! 😹 Minta semua doakan Ayah saya sentiasa sihat ya? 🥰 Sekali-sekala kita bagi jantung Ayah exercise sikit supaya lagi kuat. 💪🏽

♬ original sound – DausUgh – DausUgh

Ramai geli hati lihat aksi lucu dua beranak

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua beranak itu malah ada yang mengulangi video itu beberapa kali kerana seronok melihat reaksi si ayah.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan untuk tidak melakukan perkara itu selalu kepada orang tua kerana bimbang ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan.

Ada juga mengatakan gelagat dua beranak itu membuatkan mereka terkenangkan bapa masing-masing.

“Dia berani buat sebab dia tahu bapa dia jenis tak marah-marah. Ni kalau adik aku buat dekat bapa aku, dah kena marah agaknya.”

image is not available

“Jangan buat selalu, kecuali tahu ayah tu betul-betul fit. Sebab saya selalu buat dekat mama saya..”

image is not available

“Terus kejung ayah kena pegang kaki”

image is not available