Muka Dikatakan Sama Macam Arwah Adik, Penghantar Makanan Terima Tip Lebih Daripada Pelanggan

Entertainment
21 Jul 2025 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mungkin disebabkan terlalu rindu, seorang wanita tidak teragak memberikan tip lebih kepada seorang penghantar makanan kerana dikatakan lelaki ini mempunyai wajah yang mirip dengan arwah adiknya.

Perkongsian yang mengundang sebak itu dimuat naik di TikTok miliknya dan meraih lebih daripada 900,000 sepanjang 6 hari ia dikongsikan.

“Akak ada bagi tip lebih sikit untuk adik. Muka adik sama macam arwak adik akak, Terima kasih hantar makanan ke rumah akak ya dik,” tulis nota ringkas di perkongsian itu sampai dikepilkan wang tunai bernilai RM 50.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa sebak apabila melihatnya dan ada yang menyifatkan bahawa pemberian ‘hadiah’ buat ‘kembar’ adiknya ini sebagai satu tanda untuk dia melepaskan rindu terhadap arwah adiknya.

image is not available image is not available image is not available

Sebaknya, mungkin dah rindu sangat dah tu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.