“Muka Macam Kembar..” – Netizen Sebak Lihat Pertemuan Putri Qisya & Keisya

14 Jul 2025 • 5:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar.

Momen menyentuh hati itu dikongsi ibu Keisya di media sosial selepas berpeluang bertemu dengan Putri Qisya yang baru kehilangan keluarga dalam tragedi enam sekeluarga di Sungai Korok, Kedah, minggu lalu.

image is not available

Menariknya, ibu Keisya yang turut bernama Nurul Hidayah meluahkan rasa syukur dan terharu kerana dapat bertemu dengan anak kecil yang dianggap sangat kuat itu.

“Alhamdulillah Allah SWT izin untuk berjumpa dengan Si Manis Putri Qisya… Seorang anak yang kuat,” tulisnya dalam satu hantaran.

image is not available

Beliau turut mendoakan agar kedua-dua gadis itu dapat bersahabat baik dan bersama mengejar cita-cita masing-masing.

“Mummy doakan Qisya dan Keisya boleh bersahabat, sama-sama dapat masuk MRSM untuk mengejar cita-cita yang diimpikan. Amin,” katanya.

image is not available

Netizen Sebak Lihat Pertemuan Putri Qisya & Keisya

Perkongsian itu dihujani komen positif daripada netizen yang tersentuh melihat keakraban dua gadis tersebut. Ramai yang mengatakan wajah mereka saling tak tumpah dan seperti sudah lama bersahabat.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian pada Sabtu lalu, bapa Putri Qisya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, meninggal dunia bersama isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan, apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas dan tenggelam ke dalam terusan Sungai Korok.

Putri Qisya tidak mengikuti keluarganya ketika kejadian kerana berada di rumah neneknya di Jerlun.

Sumber: TikTok nurulabbasir