Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"

9 Jul 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian video pelakon dan penyanyi Nur Fazura yang memperlihatkan momen anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya dari lahir hingga kini menyentuh hati netizen.

Titip doa

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura menitipkan doa buat puteri kesayangannya itu agar sentiasa dilindungi Allah.

 

“BismillahimasyaAllah… Anakandaku Nur Fatima Aisya. Semoga saja Fatima sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

 

“Doa ibumu akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu di dunia akhirat. Allah berserta kita,” kongsi Fazura.

 

Video yang memperlihatkan setiap momen Fatima membuatkan rata-rata netizen meluahkan rasa sebak menerusi ruang komen.

Malah mereka turut mendoakan agar Fatima membesar menjadi anak yang baik dan hubungan anak beranak itu sentiasa dilindungi.

 

“Semoga Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati untuk orang sekelilingnya.

 

“Syurga seorang anak perempuan selagi belum bernikah adalah ibunya. Insya-Allah, kak Faz dan Fatima akan terus kuat bersama.

 

“Cried watching this. Semoga hari-hari mendatang lebih baik untuk Faz and Nyamma (Fatima),” komen beberapa netizen.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)