Muka Mirip Zulfarhan, Netizen Mahu Zubir Khan Jumpa Keluarga Arwah

25 Jul 2024 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama penyanyi Zubir Khan makin dikenali ramai selepas lagu Oh My Khadle viral di media sosial. Sejak kemunculannya dalam industri ini, ramai yang menyatakan penyanyi tersebut mengingatkan dia kepada seseorang. Agak-agak siapa eh?

Katanya Zubir mirip dengan Pegawai Kadet Laut Universiti Petahanan Malaysia, (UPNM), arwah Zulfarhan yang meninggal kerana dibuli pada 2017 .

Disebabkan itu, beberapa netizen berharap penyanyi tersebut dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan keluarga arwah untuk mengubat kerinduan mereka.

Kalau dia senyum memang nampak seiras dengan arwah Zulfarhan.

image is not available

Tolong jumpa mak ayah arwah Zulfarhan. Peluk dorang ye Zubir . Alahai..

image is not available

Difahamkan nama penyanyi ini kerap disebut-sebut sejak kes pembunuhan arwah dibicarakan kembali.

Zubir juga telah mengambil maklum berhubung isu ini dan meminta orang ramai untuk berkongsi maklumat tentang keluarga arwah dengannya.

Hi semua boleh tak saya dapatkan info keluarga Zulfarhan.

image is not available

Sama-sama kita doakan supaya penyayi tersebut dapat bertemu dengan keluarga arwah. Apapun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Zulfarhan, semoga dia berada di kalangan orang-orang beriman.

image is not available

Jap!