“Terima kasih orang baik” – Netizen Berterima Kasih Kepada Penulis ‘Surat Layang’ Kes Zulfarhan

Entertainment
25 Jul 2024 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman.

Kes ini masih menjadi bualan ramai di media sosial dan satu nama menarik perhatian netizen iaitu Muhammad Aiman Aufa.

Difahamkan, Muhammad Aiman ini yang menulis surat layang berkenaan kes buli Allahyarham Zulfarhan di mana dia memberitahu pihak atasan UPNM yang Zulfarhan Osman telah didera oleh rakan-rakannya selepas melihat mangsa terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada 22 Mei 2017.

image is not available

Menurut laporan Sinar, surat layang pertama diselit di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (Resat) pada 23 Mei 2017 manakala surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Dia melakukan sedemikian kerana tidak mahu identitinya terbongkar dan ketika mendengar keterangannya di Mahkamah Tinggi, Muhammad Aiman mengakui dia memilih untuk menulis surat layang berbanding bersemuka dengan pihak atasan untuk memberitahu mangsa didera kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mangsa.

Terbaru, laman Instagram Muhammad Aiman dijumpai oleh netizen dan melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dan memujinya kerana mencuba untuk menyelamatkan Allahyarham.

image is not available

Terima kasih orang baik…

Sumber: Sinar, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.