
Baru-baru ini, adik kepada penyanyi, Amira Othman iaitu Irfan Haris tampil berkongsikan kronologi percintaan kakaknya bersama aktor, Fattah Amin melalui sesi live di platform TikTok.
Irfan kongsi detik awal perkenalan Fattah dan Amira
Menurut Irfan, Amira bersama Fattah difahamkan mula berkenalan ketika menghadirkan diri ke konsert biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Judika pada 14 Disember tahun lalu.
Saya rasa detik permulaan perkenalan mereka ini di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya tak pasti tapi saya rasa mereka mula berkenalan di situ.
@0yen_0fficial LIVE | 09.09.2025 | IRFAN HARIS | #irfanharis #fattahamin #amiraothman #setulustakdirfattahamira #fyp ♬ Mencintaimu – Mahalini
Fattah seorang gentleman, jumpa keluarga dulu
Dalam pada itu, penyanyi terbabit turut sempat memuji keberanian Fattah bertemu dengan ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum mahu mengenali Amira lebih mendalam.
Bila nak berkenalan itu Fattah sangat gentleman di mana dia mengambil langkah untuk berjumpa dengan keluarga. Bagi saya ia bagus kerana itulah lelaki sebenar.
Dedah Irfan lagi, sebelum perkenalan bermula, aktor terbabit ada mengirim salam kepada Amira melalui pengurusnya iaitu Sakirin Acha memandangkan mereka sudah lama berkenalan.
"Nak Letak Nama Anak Muhammad Zaril.." - Pernah Ditanya Soal Anak, Amira Othman Dedah Nama Pilihan
The post Mula Berkenalan 14 Disember Di Konsert Siti Nurhaliza? Irfan Haris Kongsi Kronologi Percintaan Fattah Amin & Amira Othman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

