Mula gerak kerja, kenal pasti pengundi: Gagasan Rakyat

LocalPolitics
6 May 2025 • 12:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Jentera Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diseru memulakan gerak kerja aktif untuk mengenal pasti pengundi di semua kawasan sekali gus mengelakkan keciciran data.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas Halizah Din berkata usaha itu adalah langkah penting yang harus dimulakan lebih awal dan diteruskan secara konsisten bagi mengelakkan masalah semasa hari pengundian.

“Sememangnya jentera kita sudah mula bekerja dan apa yang saya tekankan khasnya untuk sayap Wanita bahagian ini adalah peka terhadap kawasan sekeliling dan bergerak secara aktif untuk pastikan kenalan di kiri kanan kita, berdaftar sebagai pengundi dalam daftar pemilih dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini amat penting dan komitmen ahli jawatan kuasa dalam sayap adalah kekuatan yang akan bersama-sama menyumbang kepada gerak kerja ini,” katanya pada Mesyuarat Wanita Gagasan Rakyat Likas di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Halizah turut menyeru semua jentera wanita Likas agar berusaha dalam menambah bilangan keahlian di peringkat cawangan.

“Penting untuk kita konsisten dalam usaha menambah bilangan ahli kerana ini adalah bukti kekuatan dan kepercayaan rakyat kepada Gagasan Rakyat.

“Untuk ini, bukan hanya sayap Wanita, bahkan sayap Pemuda dan Beliawanis juga perlu berusaha untuk menambah bilangan keahlian di semua cawangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jentera Wanita Likas akan terus menyokong kepimpinan Kerajaan Negeri dalam membawa pembangunan kepada seluruh negeri dan rakyat Sabah.

“Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kini terbukti menyampaikan apa yang dijanjikan, insyaAllah semua pasti dapat disusun atur dan direalisasikan.

“Lihat saja perubahan kita selepas kepimpinan Kerajaan Negeri bertukar, pelbagai insentif dan usaha kerajaan untuk membantu rakyat Sabah dari pelbagai golongan masyarakat dan lapisan usia, nyata.

“Untuk itu, wajar jika kita semua meletakkan keyakinan serta kepercayaan kita untuk parti dan ketua kita yang merupakan figura pemimpin penuh sopan santun dan berhemah dalam setiap tutur langkahnya,” katanya lagi.