‘Pasang papan tanda, lampu jalan’

LocalPolitics
8 Apr 2025 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Jabatan Kerja Raya digesa untuk meletakkan papan tanda “Perlahan” dan memasang lampu di jalan Kg Kaban untuk mengelak kemalangan.

Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Maria Samuel berkata, ini kerana banyak kemalangan berlaku di situ kerana kurangnya papan tanda.

“Jalan di sini menuruni bukit yang agak curam dan kawasannya amat gelap pada waktu malam. Ini menyebabkan ramai pengguna dari luar yang kurang mengenali jalan tersebut berisiko mengalami kemalangan,” katanya.

Katanya, sepanjang pengetahuannya lima kemalangan, termasuk kemalangan maut, pernah berlaku di lokasi itu.

Dalam kejadian terbaharu, sebuah motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Viva ketika berhenti untuk membelok ke kanan.

Dia membuat kesimpulan, kenderaan yang lalu di kawasan kampung itu sangat laju kerana tidak ada papan tanda untuk memberi amaran mengurangkan laju.

Maria berkata dia memohon kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan atau datang melihat sendiri keadaan jalan itu untuk tindakan.

“Penduduk berharap JKR segera bertindak dan meletakkan papan tanda dan lampu jalanan di sini, untuk mengelak lebih banyak kemalangan berlaku.”