“Politik Biarlah Matang” – Buat Poster ‘Mat Sakau’, Adi Putra ‘Sekolahkan’ Aktivis

19 Sep 2022 • 4:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra baru-baru ini menyindir seorang aktivis yang dikenali sebagai Fahmi Reza menerusi entri Instagram miliknya.

Hal itu berlaku selepas Fahmi memuat naik poster filem yang diinspirasikan oleh Mat Kilau yang diberi tajuk sebagai Mat Sakau.

Dalam poster tersebut, dapat dilihat gambar Adi Putra yang di edit bersama Datuk Seri Najib Razak dan ‘caption’ seakan-akan ‘memerli’ bekas perdana menteri itu berikutan skandal penyelewengan wang.

Susulan posting berkenaan, Adi Putra tampil ‘membahasakan’ Fahmi supaya bersifat lebih matang dalam isu berpolitik dan turut mengucapkan terima kasih atas ‘promosi’ yang dilakukan ke atas filem asal.

Politik biarlah matang, apa pun terima kasih promosi gambar saya dan filem asal.”

Adi Putra juga sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk Fahmi supaya berfikir lebih wajar sebelum bertindak melulu mengikut nafsu.

Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara akal dan nafsu.”

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan bahawa tindakan aktivis sensasi itu sebagai perbuatan yang biadap dan melampau.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, filem Mat Kilau baru-baru ini telah ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena Hari Malaysia.

image is not available 2 hari lalu

"Dialog Ceramah Untuk Penonton IQ Rendah" - Baru 2 Hari Ditayang Di Netflix, Mat Kilau Teruk 'Dihentam'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved