“Mula-mula saya marah” – Muallaf Kongsi Pengalaman ‘Jatuh Cinta’ Dengan Islam

Entertainment
16 Feb 2024 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hidayah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara, lebih-lebih lagi buat golongan muallaf. Mereka biasanya ada cerita yang tersendiri dalam memilih menjadikan Islam sebagai kepercayaan mereka.

Terbaru, sebuah video tular di TikTok yang memaparkan cerita seorang muallaf di Singapura yang pada mulanya amat marah dengan agama Islam.

Dalam perkongsian potongan podcast oleh @hidayattnordin itu, lelaki yang dikenali sebagai Lee Rocka itu pada mulanya amat marah dengan agama Islam kerana teman baiknya yang meninggal dunia akibat depresi dikatakan tidak akan masuk syurga.

@hidayattnordin

Episode 3 : Lee Rocka “When my muslim bestfriend unal!ve himself…” Muslim revert’s rough childhood, incarceration and the turning point of his life. Tune in, share, rate, follow and also! share with us your thoughts on the episode.

♬ original sound – hidayattnordin – hidayattnordin

“Macam mana boleh pukul rata macam tu? Dia (arwah) orang yang baik, dia baik sepanjang hidupnya tapi bila dia kemurungan dan b*nuh diri dia akan terus ke neraka? Saya tak setuju dengan perkara itu,” katanya.

Selepas itu, seorang kawannya yang juga seorang Muslim berkata jangan menilai agama seseorang itu dengan perbuatannya, selain memberitahu agama Islam itu tiada cacat cela (flawless).

Menolak kenyataan itu, Rocka kemudian mengikut rakannya itu ke pusat pengajian Islam di Singapura dan ustaz di situ menerangkan semuanya dengan sangat jelas.

Sehinggalah dia ‘bertemu’ dengan Surah As-Sajadah ayat 32 yang bercerita tentang bersyukur.

“Bahagian di mana Dia berkata amatlah sedikit kamu bersyukur itu membuat saya terkedu sampai saya menangis sepanjang malam.

Saya cermin diri sendiri dan refleks di mana Dia banyak memberikan kebaikan kepada saya tapi tak pernah bersyukur,” katanya lagi.

Semoga jadi pengajaran buat kita semua…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.