Multaqa Himpunkan Mutawalli Dan Nazir Khas Wakaf, Perkukuh Tadbir Urus Wakaf Negara

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 6:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Multaqa Himpunkan Mutawalli Dan Nazir Khas Wakaf, Perkukuh Tadbir Urus Wakaf Negara

Usaha memperkukuh tadbir urus wakaf negara terus dipergiat menerusi penganjuran Majlis Multaqa yang menghimpunkan Mutawalli dan Nazir Khas Wakaf dari seluruh negara bagi membincangkan langkah penambahbaikan serta pemantapan pengurusan institusi wakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, perhimpunan itu menjadi platform penting untuk menyatukan pandangan, berkongsi pengalaman dan memperkukuh kerjasama strategik dalam kalangan pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan wakaf.

Menurutnya, pemantapan tadbir urus wakaf memerlukan komitmen serta kerjasama erat daripada semua pihak bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan mampu membina ekosistem wakaf yang mampan.

"Kita mahu memastikan setiap usaha yang dilaksanakan mampu membina ekosistem wakaf yang mampan serta memberikan manfaat berterusan kepada ummah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesepaduan tindakan antara Mutawalli dan Nazir Khas Wakaf penting bagi memastikan potensi wakaf dapat dimanfaatkan secara optimum.

Ujarnya, wakaf bukan sahaja berperanan dalam aspek kebajikan, malah turut menjadi instrumen pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam.

Beliau berkata, semua pihak diseru supaya terus mempergiat usaha dan memainkan peranan masing-masing dalam memperkasakan agenda wakaf negara.

Baca juga:

"Saya menyeru semua pihak agar terus mempergiat usaha dan memainkan peranan masing-masing dalam memperkasa agenda wakaf negara, selaras dengan semangat fastabiqul khairat atau berlumba-lumba melakukan kebaikan demi kesejahteraan ummah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved