'Mummy panik, daddy take over' –Watie kongsi cabaran jadi ibu pertama kali, gelagat Shuib jaga anak buat netizen terhibur

Family & ParentingLifestyle
10 Apr 2026 • 3:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERGELAR ibu buat pertama kalinya, pasti tidak dapat dari melalui situasi panik, emosi tidak menentu dan momen ‘struggle’.

Itulah realiti yang dikongsikan oleh isteri kepada pelawak popular Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah apabila melalui fasa tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Watie tidak berselindung menceritakan pengalaman selepas melahirkan cahaya mata perempuan mereka, Akira Juwita pada 6 April lalu.

Dalam keterujaan itu, terselit pelbagai cabaran yang menguji emosi, terutama buat ibu baharu sepertinya.

Namun di sebalik segala kekalutan tersebut, satu perkara yang paling menyentuh hati adalah kehadiran seorang suami yang sentiasa ada di sisi.

“The Struggle Is Real @shuibsepahtu. Thank you Daddy, dari dalam perut sampai lah hari pertama Akira Juwita lahir, daddy sentiasa disisi.

“Bila Akira poopoo, menangis tak pandai menyusu lagi, mummy pula jadi panik, daddy lah yang uruskan semua,” kongsinya jujur.

image is not available

Kata-kata itu bukan sekadar luahan biasa, tetapi menggambarkan betapa besar peranan seorang suami dalam membantu isteri menempuh tempoh berpantang.

Dari saat mengandung hingga ke hari pertama kelahiran, Shuib dilihat tidak pernah culas menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Bagi Watie, pengalaman pertama ini benar-benar membuka matanya tentang realiti menjadi ibu. Perkara kecil pun boleh bertukar menjadi situasi cemas.

“Semoga ALLAH berikan syurga buat daddy. Terima kasih memahami hormon saya yang buat pertama kali jadi ibu ni.

“Semua benda jadi panik segala. Akira tak pandai menyusu lepas tu nangis pun mummy panik, Akira menyusu baru sekejap lepas tu diam pun mummy panik.

“Akira lepas minum susu termenung pun mummy panik, susu banyak tumpah pun mummy panik. Ada ke yang maacm mummy masa pengalaman pertama,” jelasnya lagi.

Jujurnya, inilah sisi keibuan yang ramai wanita alami tetapi jarang diluahkan secara terbuka. Namun turut mendapat sokongan ibu lain yang pernah melalui situasi tersebut.

"Normal la mummy .. dont worry tau .. nanti mummy sendiri akan adapt semua tu naturally."

"Colostrum from mummy @iamwatieyou've done great!!everything is normal, we're mummies always with u."

"Semua jadi panik kan mummy. Dulu masa jaga anak sedara macam dah power sangat kite panik dia tenang kan seperti juara hahaha."

"Welcome to the motherhood. Saye Su Dari sg .. a mother of 1 after 5 years of marriage . Yes everything will be a panic situation for us for first time mmy. Satu Hari bby tk berak pun boleh panic .. Tapi Alhamdulilah slowly everyday is a learning journey for u. Semoga mmy dipermudahkn urusan dan speedy recovery for u."

Perubahan hormon, keletihan fizikal dan tanggungjawab baru menjadikan emosi mudah terganggu. Namun, dengan sokongan pasangan, segalanya terasa lebih ringan.

Menariknya, di sebalik perkongsian penuh emosi itu, Shuib turut meninggalkan komen yang mencuit hati, cukup menggambarkan sisi santai pasangan ini dalam mengharungi fasa baharu kehidupan.

image is not available

“Mummy kot ye pon bagi lah daddy sikat rambut dulu,” tulisnya berseloroh sambil disertakan emoji ketawa.

Gelagat tersebut nyata menghiburkan warganet yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu.

Ada yang berseloroh mengatakan Shuib seolah-olah ‘lebih berpantang’ berbanding isterinya, malah ada juga yang bersimpati melihat keletihan seorang ayah yang turut berjaga malam menguruskan bayi.

Antara komen yang mencuri perhatian:

"Sape yang bersalin ni..dah macam daddy dia je dalam pantang."

"@shuibsepahtu Eb bukak mata tu.. jangan tido.baby je tidur."

"Rambut Shuib dah cukup mewakili rambut mak-mak yang berjaga malam."

"Kesian daddy mata pun dah sembab, rambut kusut...biasalah jaga baby.. pengorbanan ayah hingga ke syurga.."

"Rasa-rasanya Shuib terlebih pantang dari isteri dia ni."

Di sebalik gurauan itu, ramai sebenarnya tersentuh melihat kesungguhan seorang suami yang sama-sama ‘turun padang’ dalam membesarkan anak.

Untuk rekod, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah selamat melahirkan bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara.

Kelahiran Akira Juwita melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib telah pun mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Kini, kehadiran bayi perempuan itu seolah-olah menambah warna baharu dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Lebih manis, ia turut memperlihatkan sisi seorang lelaki yang bukan sahaja dikenali sebagai penghibur, tetapi juga suami dan bapa yang penuh kasih sayang.