“Mungkin arwah tidak mahu ibunya terluka” – Didie Alias Saksi Anak Amyza Aznan Hembuskan Nafas Terakhir

LocalFamily & Parenting
24 Feb 2026 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Dunia hiburan digemparkan dengan berita yang amat mendukacitakan buat pelakon Amyza Adnan di atas pemergian anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail malam tadi.

Rakan artis, pelakon Didie Alias yang berada di sisi Amyza ketika menjaga arwah pada saat-saat akhir hidupnya ada kongsikan detik menyayat hati yang dilalui oleh sahabatnya itu.

Jelas Didie, pada waktu itu, dia meminta Amyza pulang sebentar ke rumah untuk mandi selepas beberapa hari menjaga arwah di hospital tanpa rehat yang cukup.

“Sebelum pulang, dia pesan untuk tolong tengok anaknya serta bacaan oksigen. Jadi, saya suruh pergi mandi dulu, saya akan uruskan.”

“Ketika dia tiada, saya minta suaminya naik melihat keadaan anak. Tidak lama kemudian, saya sendiri naik kerana hati tidak sedap. Sampai di atas, memang arwah sudah nazak. Betul-betul di depan mata, saya menyaksikan dia pergi.”

image is not available

Katanya lagi semasa ingin mendapatkan pengesahan daripada doktor, dia tidak sampai hati untuk maklumkan perkara sebenar kepada Amyza.

“Pihak HKL memberi kerjasama baik dan doktor mengesahkan bahawa arwah meninggal dunia pada pukul 10.15 malam.”

“Saya menunggu kehadiran Amyza. Saya hubunginya dan dia bertanya sama ada oksigen anaknya sudah menurun. Saya tidak sampai hati untuk memberitahu. Kali kedua dia masih bertanya.”

“Saya hanya berkata, anaknya menunggu dia. Apabila dia sampai di hadapan lif, tubuhnya sudah longlai dan tidak mampu berkata apa-apa.”

Didie juga turut meluahkan rasa syukur kerana ramai rakan artis dan kenalan industri tampil memberikan sokongan buat Amyza dan keluarga.

Jenazah Andre selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 10.40 pagi Selasa.

image is not available

Allahyarham yang juga merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik itu meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap 3 yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Sumber: mStar Online

Sumber: mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.