Video Amyza Aznan Peluk Jenazah Anak Jadi Perhatian, Netizen Persoal Tindakan Pelakon Ini Rakam Dan Live

EntertainmentLifestyle
24 Feb 2026 • 2:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tindakan seorang pelakon yang didakwa merakam video dan membuat siaran langsung ketika rakannya sedang berdukacita mengundang pelbagai reaksi orang awam.

Difahamkan, pelakon tersebut membuat siaran langsung menunjukkan keadaan Amyza Aznan yang tidur sambil memeluk jasad anaknya buat kali terakhir.

Video ziarah undang kontroversi

Perkongsian itu kemudiannya tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut.

View on Threads

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan tindakan merakam serta membuat live dalam situasi sebegitu sebagai tidak sensitif.

image is not available
image is not available

Tidak kurang juga yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjadikan kesedihan orang lain sebagai kandungan media sosial.

image is not available

Malah ada yang membangkitkan soal aurat dan keperluan menghormati privasi keluarga dalam waktu sukar.

Dalam masa sama, terdapat juga pihak yang tampil mempertahankan tindakan live tersebut dan mendakwa ia dibuat dengan izin.

Pssttt! Dalam dunia media sosial hari ini, mungkin kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjadikan momen paling peribadi sebagai tontonan umum.

Kredit: Threads @kongsi.viral
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Video Amyza Aznan Peluk Jenazah Anak Jadi Perhatian, Netizen Persoal Tindakan Pelakon Ini Rakam Dan Live appeared first on Oh! Media.