“Mungkin dia ingat tu duit mainan”- Wanita Pening Kepala Tengok Anak Gunting Wang Kertas

Entertainment
10 Dec 2023 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa kerana anak-anak ini ada banyak kerenah dan ragam terutamanya anak kecil yang berusia bawah tujuh tahun sebab mereka belum faham sepenuhnya erti kehidupan ini.

Itulah yang boleh digambarkan dengan situasi seorang ibu di Indonesia ini apabila anak perempuannya yang masih kanak-kanak telah menggunting wang kertas miliknya.

Gambar wang kertas yang telah digunting itu telah dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai mahisaka_ di TikTok baru-baru ini.

image is not available

Dalam video tersebut, boleh dilihat bahawa anaknya itu telah menggunting wang kertas tersebut kecil-kecil sehingga menjadi seperti kepingan puzzle.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh wanita itu di TikTok, wang kertas tersebut merupakan duit untuk belanja bulanannya. Allahu, kesiannya…

Difahamkan, wanita itu lambat menyedari tentang wang-wang itu kerana pada mulanya dia menyangka anaknya itu sedang menggunting kertas biasa.

Namun, sangkaannya ternyata salah kerana kertas itu adalah wang. Mungkin budak tu ingat tu wang mainan kot kan.

Walau bagaimanapun, ibu tersebut tetap gigih untuk cuba menyelamatkan wang-wang kertas yang telah digunting itu dengan cara mencantumkannya semula dengan menggunakan selotep.

Memetik laporan Liputan6 pula, difahamkan, wang yang telah digunting seperti ini masih lagi boleh ditukar di Bank Indonesia kerana bank negara itu tetap menerima wang rosak yang ingin ditukar baru asalkan tanda keaslian atau ketulenan wang Rupiah itu masih dapat dilihat dan dikenali pasti.

Nasib baik masih boleh tukar kan…

Sumber: Liputan6

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.