‘Mungkin lahirnya ‘malaikat kecil’ ini rezeki kami akan luas’ – Lelaki reda, terima ujian motosikal dicuri selepas follow-up check-up isteri

LocalFamily & Parenting
22 Nov 2024 • 9:43 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Setiap pasangan yang berkahwin tidak akan lari dari menghadapi dugaan dan masalah.

Dugaan tersebut membuatkan pasangan suami isteri akan lebih matang dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Satu hantaran video di TikTok Nur aizat menyentuh emosi ramai apabila motosikal yang dinaiki pasangan ini ke hospital telah dicuri.

Perjalanan mereka dari Subang ke Selayang untuk mengetahui perkembangan masalah jantung isteri yang ketika ini sedang mengandung.

“Keluar dari hospital nak balik, motosikal dah tak ada kena curi.

“Kami terima ujian ni mungkin lahir zuriat malaikat kecil ni, rezeki kami luas,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang risaukan keadaan pasangan ini namun dimaklumkan mereka akhirnya pulang dengan menaiki grab.

Dalam pada itu juga, ada juga yang menyatakan mereka pernah menjadi mangsa kecurian motosikal di kawasan parkir hospital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved