Suami Reda Motor Kena Curi Masa ‘Follow Up’ Isteri Hamil Ada Masalah Jantung Di Hospital

Entertainment
22 Nov 2024 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malang tidak berbau, dugaan buat lelaki yang bakal bergelar bapa ini apabila motornya dicuri selepas menemani isteri yang hamil melakukan pemeriksaan di hospital.

Menerusi perkongsiannya, dia telah menempuh perjalanan yang agak jauh sebelum ketahui motosikal miliknya itu telah dicuri ketika ingin pulang.

“Dari Subang ke Selayang dengan motor untuk follow up masalah jantung isteri tengah mengandung. Keluar dari hospital nak balik motor dah tak ada kena curi.”

Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Nur Aizat ini reda kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, malah dia percaya mungkin selepas zuriatnya dilahirkan nanti rezeki akan semakin luas.

“Kami terima ujian ini, mungkin lahir zuriat malaikat kecil ni, rezeki kami luas.”

Dalam masa sehari video yang telah meraih lebih 970K jumlah tontonan ini telah mengundang simpati ramai netizen sampaikan ada yang sukarela untuk memberikan motor kepada lelaki ini.

Malah, ada juga bertanyakan jika lelaki ini ada tunggakan motor kerana ada yang pernah alami perkara yang sama di hospital kerana masalah tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Semoga pasangan ini tabah dalam menghadapi ujian, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Amin.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.