“Mungkin terlalu penat” – [VIDEO] Ibu Menangis Depan Anak Sulung Sambil Dodoikan Anak Bongsu

Entertainment
7 Sep 2023 • 6:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video meruntun hati telah menjadi perhatian netizen di TikTok, video tersebut memperlihatkan seorang ibu yang tidak mampu menahan air matanya.

Dalam masa 4 hari ia dimuatnaik, video yang dikongsikan oleh Rose Anne Elly ini telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan.

Dalam video tersebut si ibu menitiskan air mata disaksikan oleh anak sulungnya sambil mendodoikan anak kedua di buaian.

Anaknya juga dilihat menghampiri ibunya dan dilihat seperti hairan melihat ibunya itu menangis. Jelas si ibu menerusi ruangan kapsyen, dia menjelaskan bahawa mungkin dirinya terlalu penat kerana terlalu memikirkan kesihatan anak sampai terlupa kesihatan sendiri.

@roseanneelly

Masa ni betul² tidak boleh kawal mau menangis mungkin sebab terlalu penat sampai tidak fikir kesihatan diri sendiri , lebih mengutamakan kesihatan anak² saya. #anxiety #fyp

♬ original sound – Ladaputih – Ladaputih

Video tersebut telah membuatkan ramai netizen rasa simpati dengan si ibu ini, bahkan ramai juga warganet terutamanya para ibu memberikan kata-kata semangat buat Rose Anne Elly ini.

image is not available image is not available image is not available

Min sendiri rasa simpati walaupun tak ada dekat kedudukan dia, mudah-mudahan ia membuahkan hasil pada masa depan dan berjaya didik anak yang baik.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.