Mungkinkah Ini Kereta Paling Rendah Dalam Dunia?

Cars
15 Jul 2023 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sebuah kereta jenis Fiat Panda telah menjadi perhatian ramai warganet di Facebook kerana kereta itu dikatakan merupakan kereta paling rendah di dunia.

Ini kerana menurut laman web Design Boom, kereta itu telah diubahsuai oleh peminat kereta yang dikenali sebagai Carmagheddon.

image is not available

Difahamkan, kereta bewarna hijau itu telah ‘dihiris’ kepada dua bahagian di mana yang tinggal hanyalah bahagian atas kereta, manakala bahagian tayar pula telah dipisahkan.

Kemudian, tayar kereta yang sebenar telah ditukar kepada tayar yang saiznya seperti tayar troli yang digunakan di pasar raya.

image is not available

Jika sekali tengok, ramai yang menyangka bahawa kereta yang selesai diubahsuai itu dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh, namun sebenarnya ada pemandu di dalamnya yang memandu untuk menggerakkan kereta itu.

Difahamkan juga, pemandu kereta itu perlu berbaring kerana ruang dalamannya yang sempit menyukarkan pemandu untuk duduk seperti kenderaan lain.

Korang boleh tengok video kereta tersebut dipandu di Facebook LADbible atau di YouTube Carmagheddon.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.