“Murah rezeki orang yang bersedekah” – Menu Moreh Surau Di Elmina Ini Mengalahkan Buffet Ramadan!

Entertainment
20 Mar 2025 • 4:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya, setiap surau dan masjid di sebuah kawasan perumahan pasti akan mengadakan majlis berbuka puasa dan moreh untuk penduduk di situ.

Selalunya makanan yang disediakan itu adalah hasil sumbangan daripada penduduk setempat dan pada masa itu, dapatlah ia mengisi perut para jemaah dan sekaligus membantu mana-mana pihak yang memerlukan.

Menu berbuka puasa di masjid atau surau kebiasaannya seperti nasi berlauk, nasi goreng, nasi beriani, nasi tomato ataupun bubur serta kuih muih, tetapi lain pula dengan sebuah surau di Elmina ini.

Pihak surau tersebut telah menyediakan menu-menu yang ‘rare’ untuk moreh, antaranya kambing bakar, roti canai dan kerang bakar. Bukan itu sahaja, keadaan surau di situ juga agak bersih dan kemas dengan aturan solat terawih juga diadakan dengan lancar dan mudah.

“Terawih 4 rakaat – tazkirah – 4 rakaat – Witir. Sound video ialah bacaan imam terawih ke – 18. Bacaan maksimum separuh muka surat per rakaat. Surau komuniti. Bersih & kemas. Point tak penting daripada saya, 70% kereta yang parking ialah kereta import.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terpegun melihat menu yang disediakan, bahkan ada juga yang menyarankan beberapa surau lain untuk menyediakan juadah makanan yang enak seperti ini.

Ramai yang memuji inisiatif surau ini kerana ia boleh dijadikan salah satu langkah bagus untuk menarik minat jemaah agar sentiasa ke surau untuk beribadah.

image is not available image is not available

Bagi mereka yang bujang atau tidak berkemampuan, surau macam memang satu rahmat untuk semua.

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.