Suka Meludah Di Tangga Dan Dinding, Penduduk Flat Taman Impian Indah Buntu Sikap Pengotor Warga Asing

20 Mar 2025 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penduduk flat Taman Impian Indah tampil meluahkan rasa kesal dengan keadaan terkini kediaman mereka yang dipenuhi bekas ludah terutama di kawasan dinding dan tangga flat.

Difahamkan, tindakan menjijikkan itu dilakukan oleh warga asing yang pengotor dan tidak menjaga kebersihan.

image is not available

Ia sekaligus telah mencacatkan pemandangan selain mengundang masalah bau dan kesihatan kepada penduduk di kawasan itu.

Malah, menurut penduduk flat itu lagi, mereka sudah membuat laporan namun tiada tindakan lanjut dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Aduan itu kemudiannya menjadi tular di ‘channel’ Telegram Edisi Siasat sehingga mengundang perhatian ramai.

image is not available

image is not available

Assalamualaikum ES, tengoklah perangai pengotor warga asing meludah merata-rata di tangga.

Dah tak tau nak buat aduan di mana sebab dah berapa kali buat aduan tak ada di ambil tindakan. Saya mohon sangat mana-mana penguatkuasa tolonglah ambil tindakan atas sikap PENGOTOR warga asing ini.

Berikutan itu, ramai penduduk tampil menggesa tindakan sewajarnya diambil kerana bimbang akan wabak-wabak yang mungkin menyusul disebabkan tindakan kotor itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Lebih 50,000 Rakyat Malaysia 'Buang' Kewarganegaraan Sejak 2020, Purata 842 Orang Sebulan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved