Polis Siasat Murid Perempuan Cedera Dipercayai Dibuli Di Asrama

24 Jun 2026 • 7:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Siasat Murid Perempuan Cedera Dipercayai Dibuli Di Asrama

Polis Siasat Murid Perempuan Cedera Dipercayai Dibuli Di Asrama

Seorang murid perempuan berusia 10 tahun dilaporkan cedera dan terpaksa dirujuk ke hospital selepas dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekolah di daerah Tenom pada 11 Jun lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas rakaman video insiden berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abdul Razak berkata, setakat ini tiga individu telah dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk pelaku yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut serta penyebaran video berkenaan.

Menurut beliau, beberapa barang kes turut dirampas bagi membantu siasatan.

Baca juga:

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Azmir berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Beliau menegaskan polis memandang serius sebarang bentuk perbuatan buli, keganasan serta penyebaran kandungan yang boleh mengaibkan atau mengancam mangsa.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan semula video kejadian kerana ia boleh menjejaskan siasatan selain memberi kesan terhadap kebajikan dan emosi mangsa yang masih di bawah umur,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved