Murid 10 Tahun Disahkan Meninggal Dunia Selepas Tercekik Gula-Gula ‘Gummy’

21 Feb 2025 • 12:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Adik Mohamad Fahmi Hafiz

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin yang dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata dilaporkan telah meninggal dunia.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri.

Fahmi menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 malam tadi. Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). – Katanya

Sebelum ini, media melaporkan bahawa kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada Selalu lalu, adik Fahmi dilaporkan rebah ketika menghadiri sesi pembelajaran di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

#ApaKataOhmedia

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga adik Mohamad Fahmi Hafiz. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved