Murid SK Air Hitam Labu antara tiga beranak maut dirempuh lori JIM

19 Aug 2026 • 3:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Tiga beranak maut selepas dirempuh lori JIM di Jalan Sultan Ismail

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam Labu, Kampar Siti Darwisyah Auni binti Shaik Mohd Firdaus, 12, antara tiga beranak yang maut selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan pihak sekolah menerusi hantaran di Facebook yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan Siti Darwisyah Auni bersama kakaknya dan bapa mereka.

Dalam pada itu, memetik laporan RTM, dua lagi mangsa ialah pesara tentera, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, serta anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25.

Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut terlibat dalam kemalangan itu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seorang lagi anak pasangan itu, Siti Nor Shakira, 28, tidak terlibat dalam kejadian kerana tidak mengikuti keluarganya bercuti di ibu negara.

Proses bedah siasat dan pengecaman ketiga-tiga jenazah di Institut Perubatan Forensik Negara telah selesai dan jenazah dijangka dibawa pulang ke Perak petang ini untuk urusan pengebumian.

Baca juga:

Terdahulu, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila lori Isuzu Black Maria tanpa muatan yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit terbabas sebelum merempuh empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata lori itu dipandu lelaki berusia 43 tahun bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.

Siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah, manakala lampu beacon dan siren diaktifkan.

Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun sedang bergerak lurus ketika lampu isyaratnya berwarna hijau.

Perlanggaran berlaku di tengah persimpangan menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki serta sebuah Inokom Matrix yang berhenti di persimpangan tersebut.

The post Murid SK Air Hitam Labu antara tiga beranak maut dirempuh lori JIM appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved