Murid SRBJ muncul juara Play-Off Qualifier Hippo English Without Borders 2026

13 Aug 2026 • 5:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Murid SRBJ muncul juara Play-Off Qualifier Hippo English Without Borders 2026

JOHOR BAHRU: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara, Wan Harriz Wan Abdul Qayyum berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul juara Play-Off Qualifier pertandingan Hippo English Without Borders 2026 yang berlangsung di Doha, Qatar.

Kejayaan itu melayakkan murid darjah empat berkenaan mara ke Pusingan Akhir pertandingan itu yang dijadual berlangsung di Spoleto, Itali, Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Muhammad Naqib Md. Ghazali berkata, kejayaan direkodkan Wan Harriz itu selari dengan Teras 1 inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) iaitu Penguasaan Bahasa Inggeris.

“Pencapaian ini memperkukuh aspirasi SRBJ bagi melahirkan modal insan cemerlang daripada sudut akademik selain memiliki keyakinan diri yang tinggi, kemahiran komunikasi yang kukuh serta berupaya bersaing di pentas antarabangsa.

“SRBJ yang dicetuskan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim merupakan salah satu inisiatif strategik bagi memperkasa sistem pendidikan negeri untuk melahirkan generasi muda Johor yang holistik, berdaya saing dan berpandangan jauh,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah Dr. Muhammad Naqib, selain Wan Harriz, seorang lagi wakil Malaysia yang turut merekodkan pencapaian membanggakan adalah murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hwa, iaitu Aaron Yung Wayze.

“Aaron muncul Johan Pusingan Benua Asia-Pasifik Hippo English Without Borders ke-14 yang berlangsung di Phuket, Thailand dari 2 hingga 5 Julai lalu,” katanya.

Pertandingan Hippo English Without Borders adalah pertandingan berbahasa Inggeris bertaraf antarabangsa khusus bagi murid dan pelajar berusia antara enam hingga 19 tahun.

Ia digubal selaras dengan piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) yang menilai tahap penguasaan menyeluruh peserta merangkumi aspek membaca, menulis, mendengar, bertutur serta tatabahasa.

Pada penganjuran tahun ini, ia telah menarik penyertaan seramai lebih 90,000 murid dan pelajar dari lebih 70 negara di seluruh dunia.-UTUSAN

The post Murid SRBJ muncul juara Play-Off Qualifier Hippo English Without Borders 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved