Murid Tahun 2 Pulang Dari Sekolah Maut Dilanggar Van

5 May 2026 • 8:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Murid Tahun 2 Pulang Dari Sekolah Maut Dilanggar Van

KUALA LUMPUR - Seorang murid perempuan Tahun Dua maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, di Parit Sulong dekat Batu Pahat, petang tadi.

Mangsa, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dilaporkan dilanggar ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 12.40 tengah hari dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa baru sahaja tamat sesi persekolahan dan sedang keluar melalui pintu pagar sekolah.

Pada masa sama, van terbabit dipercayai baru sahaja keluar dari kawasan sekolah selepas menghantar barangan, namun pemandu dipercayai tidak menyedari kehadiran mangsa sebelum melanggarnya.

Kejadian tersebut turut disaksikan beberapa ibu bapa yang sedang menunggu anak masing-masing di hadapan sekolah.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut beliau, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas siasatan awal selesai dijalankan. - Getaran, 5 Mei 2026