Murid Tahun Lima jatuh bangunan sekolah

7 May 2026 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Murid Tahun Lima jatuh bangunan sekolah
Seorang murid Tahun Lima di sebuah sekolah di Batu Berendam di sini dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah berkenaan.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang murid Tahun Lima sebuah sekolah di Batu Berendam di sini dikejarkan ke hospital dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah berkenaan pada Rabu.

Difahamkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu terjatuh ketika mengambil kasut pada bahagian bumbung sekolah.

Sumber berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu daripada adiknya ketika mengambil kanak-kanak berkenaan pulang dari sekolah.

“Kejadian berlaku waktu tengah hari ketika semua murid sedang bersiap untuk pulang dari sekolah.

“Murid yang terjatuh itu dipercayai cuba mengambil semula kasutnya yang dicampak ke atas bumbung sebelum tergelincir dan jatuh,” katanya kepada pemberita.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika cuaca hujan menyebabkan keadaan lantai dan bumbung menjadi basah serta licin.

Bagaimanapun, keadaan terkini kanak-kanak itu masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.