Murid Terjatuh Lubang Kumbahan: Sembilan Individu Diambil Keterangan

LocalPolitics
29 Sep 2025 • 10:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Negeri Sembilan sudah merekodkan keterangan sembilan individu setakat ini berhubung insiden seorang murid terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Seremban pada Sabtu.

Murid terjatuh dalam lubang kumbahan meninggal dunia

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mereka yang dipanggil termasuk pengadu, guru serta beberapa pelajar sekolah berkenaan.

“Empat lagi pihak akan dipanggil hari ini, membabitkan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Menurut beliau, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Semakan polis turut mendapati tiada rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Pada Sabtu lalu, Abdul Fatah Khairol Rizal, 9, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembentung di kawasan sekolahnya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya mengambil tanggungjawab penuh untuk menyiasa kes tersebut secara terperinci.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, laporan lengkap hasil siasatan akan dikemukakan dalam masa terdekat bagi memastikan tragedi sebegini tidak berulang pada masa akan datang.

Sumber: Bernama