“Tak Hormat..” – Lain Dari Webtoon Asal, Drama Lakonan Kim Taeri Dikritik Buang Plot Lesb*an

EntertainmentOpinion
12 Sep 2024 • 12:55 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Belum tayang, namun drama baru lakonan Kim Tae-ri sudah pun terpalit dengan kontroversi.

Tak lama lagi, drama “Jeongnyeon: The Star Is Born” yang membawa kisah kehidupan seorang budak perempuan yang dilahirkan dengan bakat menyanyi pada tahun 1950, sejurus selepas tamatnya perang Korea akan bersiaran.

Malah, diketahui bahawa dalam webtoon asalnya, watak utama perempuan mempunyai perasaan terhadap watak sesama jenis, tetapi watak ini telah dibuang dalam versi drama Korea.

Disebabkan itu, kritikan mula timbul di mana netizen mempersoalkan mengapa syarikat produksi nekad menghasilkan drama itu jikalau ingin mengubah plot asalnya. Sepatutnya, mereka boleh mencipta karya baharu dan tidak menyentuh langsung plot “Jeongnyeon: The Star Is Born”.

image is not available

Komen netizen,

  • Mengapa mereka tidak boleh saja menulis skrip baru yang penuh dengan heteroseksual yang mereka sukai?
  • Bagaimana mereka boleh mengubahnya menjadi persahabatan atau membuang watak penting?
  • Tak hormat langsung karya asal.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.