“Musuh-musuh kau tunggu di akhirat” – Pengikut GISBH Tinggalkan Nota Sebelum ‘Cabut Lari’

Entertainment
23 Sep 2024 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang bergiat melakukan serbuan di premis-premis yang dipercayai milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menemui satu nota ‘amaran’ yang ditulis oleh pengikut GISBH.

Nota tulisan tangan itu ditemui di sebuah banglo mewah yang dipercayai di sewa oleh GISBH di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Nota tersebut berbunyi, “Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak sana nanti yang kami hadapi di dunia. Di sana lagi dahsyat berlipat kali ganda yang kau buat sekarang ini. Ini zaman diorang mudah terpengaruh dengan media sosial”.

Nota yang dikongsikan itu seakan memberi peringatan kepada pihak berkuasa sebelum mereka meninggalkan tempat tersebut.

image is not available

Difahamkan, banglo mewah yang terletak di tepi pantai ini disyaki menjadi pusat latihan berkuda bagi pengikut GISBH sejak akhir Disember tahun lalu.

Menurut aduan dari penduduk setempat, kawasan lapang di hadapan banglo tersebut digunakan untuk melatih golongan remaja menunggang kuda.

image is not available

Terdapat 13 ekor kuda yang disediakan untuk melatih remaja, termasuk wanita di pusat latihan berkuda itu. Namun, ketika serbuan dilakukan, kuda-kuda tersebut tiada di lokasi.

“Kita akan terus melakukan pemantauan di banglo mewah yang dijadikan pusat latihan berkuda oleh pengikut GISBH.

“Hasil pemantauan berterusan dilakukan mendapati tiada rumah amal dilaksanakan oleh GISBH di negeri ini,” kata Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz.

Pihak berkuasa juga menerima aduan penduduk mengenai pergaulan bebas antara wanita dan lelaki dalam banglo mewah yang disewa pada harga RM8,000 sebulan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.