My Chemical Romance Himpun 62K Peminat Di Konsert Hari Pertama, Lagu-Lagu Ikonik ‘Gegar’ Bukit Jalil

20 Nov 2026 • 6:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

My Chemical Romance Himpun 62K Peminat Di Konsert Hari Pertama, Lagu-Lagu Ikonik ‘Gegar’ Bukit Jalil

Penantian hampir dua dekad akhirnya terubat apabila kumpulan rock alternatif popular dari Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) kembali mengadakan persembahan di Malaysia selepas kali berbuat demikian pada 2007.Lebih bersejarah, konsert hari pertama My Chemical Romance Live in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Hello Universe itu berjaya menghimpunkan seramai 62,000 peminat di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.Dibarisi Gerard Way, Ray Toro, Mikey Way dan Frank Iero, MCR bukan sekadar mengadakan persembahan biasa, sebaliknya membawa peminat mengimbau kembali kenangan menerusi lagu-lagu yang pernah menjadi satu nostalgia dalam kehidupan mereka.Membuka tirai persembahan dengan sketsa bertemakan Phantom, kumpulan itu kemudian memulakan segmen Medication Time / Anthem menerusi lagu The End, Dead!, This Is How I Disappear dan The Sharpest Lives.Tidak hanya menonjolkan kekuatan vokal dan muzik, vokalis kumpulan, Gerard Way turut menampilkan elemen teater menerusi penampilan dengan mulut dipenuhi dakwat hitam seolah-olah dirasuk ketika menyampaikan lagu ikonik Welcome To The Black Parade.Lebih mengujakan, seluruh stadium seakan-akan bertukar menjadi koir gergasi apabila kesemua penonton menyanyikan lagu berkenaan beramai-ramai sebelum MCR meneruskan persembahan dengan I Don’t Love You dan House Of Wolves.Memasuki segmen A Gift, peminat dihidangkan dengan rangkaian lagu seperti Cancer, Mama, Sleep, Teenagers, Disenchanted dan Famous Last Words sebelum Blood menutup tirai persembahan pertama..MCR kemudiannya kembali menghangatkan pentas menerusi Give ’Em Hell, Kid, Na Na Na (Na Na Na Na Na Na Na Na Na) dan Our Lady Of Sorrows.Memasuki bahagian kedua, penonton terus dihiburkan dengan lagu SING, AMBULANCE dan Cemetery Drive sebelum MCR mempersembahkan Helena yang pastinya dinanti-nantikan penonton.Malam pertama konsert berkenaan pastinya menjadi satu kenangan bermakna buat peminat MCR di Malaysia, lebih-lebih lagi selepas penantian selama 19 tahun untuk menyaksikan kumpulan itu kembali beraksi di pentas tempatan.MCR dijadualkan kembali menggegarkan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat bagi persembahan malam kedua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved